 |
DAKWAH MENERUSI EKONOMI ISLAM
Di dalam topik ini anda bebas membincangkan pelbagai bentuk dakwah dari segi ekonomi samada membincangkan ekonomi berbentuk konvensional, kapitalisma, komunisme dan apa-apa sahaja dan sebaiknya kita kaitkan ia kepada dakwah ekonomi Islam. Ekonomi merupakan salah satu kunci kejayaan kepada kekuatan sesebuah masyarakat. Jika dilihat pada zaman Rasulullah S.A.W, Baginda pernah melakukan perancangan untuk menyekat kabilah perdagangan ekonomi Abu Sufyan dan diantara tujuan Baginda berbuat demikian ialah kerana baginda ingin menyekat kekuatan ekonomi kaum musyrikin Mekah kerana mereka menggunakan kekuatan ekonomi tersebut bagi menghasilkan kekuatan ketenteraan untuk menyerang dan menyekat orang Islam. Kekuatan ekonomi tersebut juga digunakan bagi kekuatan politik musyrikin Mekah. Tujuan lain pula ialah kerana bagi mendapatkan hak dan merampas hak-hak orang Islam yang pernah tinggal di Mekah dimana mereka setelah dipulau serta selepas mereka berhijrah , harta-harta orang Islam dirampas oleh orang-orang musyrikin Mekah.
|
10 |
10 |
Sat Mar 13, 2010 8:53 pm
Unabnikeinase
|